Cart 0

dawud team


Lebih senyuman dengan secawan Teh Dawud. 

TEH DAWUD bermula dengan projek pek bantuan sewaktu pandemik Covid19 gelombang kedua melanda Malaysia, Jun 2021. Tidak dinafikan memulakan perniagaan ketika musim pandemik amat berisiko tinggi. Permintaan yang tinggi untuk memuatkan teh dalam pek bantuan menjadi pendorong kepada kami untuk bersama-sama memberikan pengalaman dan kemahiran yang ada untuk memenuhi permintaan.

Terdapat pelbagai jenama teh dipasaran. Permintaan untuk teh keluaran syarikat Muslim diutamakan oleh beberapa agensi kerajaan dan NGO. Malangnya tak banyak yang dapat memenuhi permintaan memandangkan tiada syarikat Muslim yang 100% fokus kepada pengeluaran teh. Kami menyahut cabaran ini dan kami bukan sahaja meletakkan status syarikat Muslim tetapi bertanggungjawab mencari sumber teh yang diyakini baik, halal prosesnya dan mempunyai kualiti yang lebih baik untuk diminum.

Insha-Allah kami yakin, dengan memberikan pakej lengkap penghasilan seuncang teh yang baik dapat memberikan lebih senyuman kepada ramai.

Ramai yang mencari sesuatu yang terbaik untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang. Ramai yang mencari produk yang baik untuk dihadiahkan kepada mereka yang tersayang dan mereka yang memerlukan. Ramai yang ingin memberikan senyuman dan membuat orang lain tersenyum bahagia.


Lebih senyuman dengan seuncang Teh Dawud bukan sekadar satu susunan ayat tetapi suatu azimat untuk membahagiakan.

Sekian.

--

Oleh;

Haji Syafirol Hafiz Bin Arsad
Pendiri Teh Dawud


Facebook : tehdawud
Instagram: tehdawud