
31 Ogos 2021, Alam Flora Lorong Tiong Nam 3, Kuala Lumpur
Merdeka ! Merdeka ! ..
Alhamdulillah kami berkesempatan untuk menyediakan Teh Dawud 'o' dan teh tarik untuk program Free Breakfast Alam Flora anjuran Kengkawan Project . Ajwa Bakery juga turut bersama menyumbang roti dalam program ini. Ramai lagi penyumbang dan sukarelawan yang membantu dalam program ini.
Free Breakfast Alam Flora merupakan program yang sering dianjurkan oleh Kengkawan Project dalam usaha untuk berterima kasih dan mengangkat hero dan heroin Alam Flora yang sentiasa memastikan Kuala Lumpur dalam keadaan yang bersih dan sejahtera.
Insha-Allah kami amat berbesar hati untuk hadir membantu dan menyumbang dalam program sebegini. Hubung kami ya.
Sekian.